Riot keluar dari Ibu Pejabat SPRMselepas memberi keterangan selama 10 jam berkaitan isu penyelewengan PTPK di Putrajaya. FOTO Abd Rahim Rahmat
Riot keluar dari Ibu Pejabat SPRMselepas memberi keterangan selama 10 jam berkaitan isu penyelewengan PTPK di Putrajaya. FOTO Abd Rahim Rahmat
Mohd Husni Mohd Noor


LEBIH 10 jam. Itu tempoh diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil keterangan terhadap Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot berhubung isu penyelewengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), hari ini.

Riot tiba di Ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya sejak 10.03 pagi bagi memberi keterangan berhubung isu penyelewengan berkenaan sebelum dilihat beredar kira-kira 8 malam tadi.

Beliau yang ditemui di luar perkarangan berkata, kehadirannya di SPRM adalah untuk membantu siasatan.

Ditanya kenapa ambil masa lama ketika memberi keterangan, Riot hanya berkata: "Biasalah".

Menurutnya, beliau hanya datang dengan tangan kosong tanpa menyerahkan apa-apa dokumen ketika keterangan diambil SPRM.

Biarpun kelihatan penat namun beliau mengukir senyuman apabila disapa wartawan di perkarangan Ibu Pejabat SPRM.

Lebih 10 wartawan dan jurugambar pelbagai agensi media setia menunggu proses ambil keterangan berkenaan sejak pagi bagi mengikuti perkembangan siasatan kes berkenaan.

Semalam, Setiausaha Politik beliau turut direman enam hari bagi membantu siasatan penyelewengan dana kerajaan RM40 juta untuk PTPK.

Malah, sebelum ini, pada 14 September lalu, empat individu termasuk Ketua Eksekutif PTPK bergelar Datuk dibebaskan dengan jaminan selepas ditahan.

Mereka yang ditahan dipercayai menyalahgunakan kedudukan serta menyeleweng wang peruntukan program latihan kemahiran bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

Berita berkaitan

'Lebih ramai akan dipanggil'

Richard Riot beri keterangan

Setiausaha politik menteri direman [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 September 2017 @ 9:15 PM