BANJIR kilat di Jalan Kuah-Padang Matsirat (Kampung Bayas) akibat hujan lebat. FOTO Facebook Laporan Kemalangan Langkawi
BANJIR kilat di Jalan Kuah-Padang Matsirat (Kampung Bayas) akibat hujan lebat. FOTO Facebook Laporan Kemalangan Langkawi
Hamzah Osman


HUJAN sejak petang semalam menyebabkan beberapa jalan utama di sekitar Langkawi dilanda banjir kilat, hari ini..

Antara jalan yang terjejas termasuk Jalan Kuah-Padang Matsirat, Kampung Yoi, Chandek Kura, Kedawang dan Lebuhraya Langkawi apabila dinaiki air setinggi 0.3 meter hingga 0.5 meter.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Lt (PA) Nalzatul Ashikin Nordin berkata, beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) sudah dihantar bagi memantau kedaaan banjir di laluan terbabit.

"Bagaimanapun, sehingga jam 10.20 pagi ini tiada pusat pemindahan banjir dibuka dan pemantauan akan diteruskan.

"Setakat ini hanya jalan yang terjejas akibat banjir kilat, manakala kes membabitkan kediaman belum ada laporan," katanya ketika dihubung, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2017 @ 11:16 AM