ERIK melancarkan program Volkswagen Das WeltAuto di Shah Alam.
ERIK melancarkan program Volkswagen Das WeltAuto di Shah Alam.
Lizam Ridzuan


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) sebagai pengedar rasmi kenderaan jenama Volkswagen di negara ini memperkenalkan program kenderaan terpakai global Volkswagen Das WeltAuto.

Pengarah Urusannya, Erik Winter berkata, program itu adalah penyelesaian mudah buat mereka yang berminat untuk menukar dan membeli kereta terpakai jenama Volkswagen yang disokong pengetahuan, standard, proses, penyelesaian dan jaminan global Volkswagen Group.

“Das WeltAuto berbeza daripada saluran jualan kereta terpakai lain di negara ini kerana ia melalui 133 poin pemeriksaan ketat sebelum disahkan juruteknik kanan Volkswagen.

“Pelanggan bakal menikmati lanjutan jaminan dan bantuan jalanan selama setahun serta manfaat Volkswagen Care Plus untuk kenderaan yang berusia lima tahun
ke atas,” katanya pada majlis perasmian Volkswagen Fest 2019
di sini.

Sebagai tambahan, hanya alat ganti tulen digunakan model terpakai yang bebas kemalangan serta butiran lengkap berkaitan bukti penyelenggaraan di pusat servis sah Volkswagen disertakan.

Buat masa ini, Das WeltAuto ditawarkan di empat pengedar utama iaitu Volkswagen Puchong, Gombak, Alor Setar dan Juru serta pelanggan yang berminat untuk melihat model yang ditawarkan boleh mengunjungi laman web Das Welt Auto untuk pertanyaan atau sesi pandu uji.

Selain program kenderaan terpakai, VPCM melancarkan Volkswagen Fest 2019 yang kali ketiga dianjurkan berlangsung mulai hari ini sehingga 1 September di Setia City Convention Centre.

Pelbagai acara menarik disediakan buat pengunjung, pemilik dan pengguna kenderaan jenama itu antaranya ialah jualan kenderaan baharu dan terpakai Volkswagen, pameran kereta klasik dan vintaj, kawasan trak makanan, aktiviti menaiki belon udara panas, hiasan seni untuk foto di Instagram serta permainan interaktif seisi keuarga.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 September 2019 @ 7:00 AM