Zuliaty Zulkiffli


ISTERI nelayan yang hilang di laut, Ruhaida Idrus, 33, berharap suaminya ditemui secepat mungkin dan berserah dengan apa jua yang berlaku.

Dia yang hamil enam bulan berkata, dia mengetahui suaminya, Mohd Hafiz Abu Hassan, 36, jatuh di laut kira-kira 4 petang semalam selepas dimaklumkan jiran.

"Saya reda dengan apa berlaku dan menyerahkan kepada pasukan penyelamat untuk mencari suami sehingga dia ditemui," katanya ketika ditemui di pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR) Kuala Sala, hari ini.

Dia bersama tiga anaknya, Muhammad Irfan Mohd Hafiz, 9, Muhammad Farhan, 6, dan Muhammad Muhaimin, 4, berada di pusat SAR Kuala Sala sejak 7 pagi hari ini untuk menunggu sebarang maklumat berhubung pencarian mangsa.

Portal berita Harian Metro semalam melaporkan nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh di laut ketika memancing di barat Kuala Sala, Kuala Kedah, Alor Setar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Julai 2017 @ 12:11 PM
Ruhaida bersama tiga anak lelakinya di pusat SAR Kuala Sala, Yan, pagi tadi. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Ruhaida bersama tiga anak lelakinya di pusat SAR Kuala Sala, Yan, pagi tadi. FOTO Zuliaty Zulkiffli