FOTO ihsan APMM
FOTO ihsan APMM
Zuliaty Zulkiffli


NELAYAN berusia 36 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh di laut ketika memancing di barat Kuala Sala, Kuala Kedah, Alor Setar.

Pengarah Maritim Pangkalan Kuala Kedah, Leftenan Komander Maritim Ahmad Kamal Mohd Noor, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 4.30 petang, Sabtu.

Kataya, bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kilat 7 belayar ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Hafiz Abu Hassan, 36, dari jeti Kuala Sala, Kuala Kedah.

"Sehingga ini, bot sudah ditemui namun gerakan mencari mangsa dihentikan pada 7.30 malam tadi dan akan disambung esok.

"Lokasi kejadian terletak 12 batu nautika Barat Daya Kuala Kedah," katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, pihaknya akan membukan pusat operasi di Kuala Sala bagi menyelaras operasi mengesan mangsa bersama agensi berkaitan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Julai 2017 @ 11:03 PM