Kalidevi Mogan Kumarappa


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu enam lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Kuching hari ini berhubung siasatan ke atas pembelian sebuah lagi hotel di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC) pada 2014.

Kertas siasatan berhubung pembelian hotel itu dibuka susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat pembelian hotel berkenaan yang disyaki dibeli dengan harga yang lebih tinggi dari pasaran.

“€œPasukan penyiasat menyerbu enam lokasi di Kuala Lumpur serta Kuching, Sarawak hari ini untuk mengumpul maklumat berhubung pembelian hotel berkenaan.

“€œSPRM turut merampas dokumen-dokumen berkaitan yang dipercayai mempunyai maklumat berhubung pembelian hotel itu dan akan meneliti semua dokumen itu untuk mengenalpasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa,”€ katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2017 @ 6:30 PM