Ahmad Jazlan (tiga kanan) bersama Pengurus Besar Kumpulan Perladangan FELCRA Berhad Datuk Mat Roni Zakaria (dua kiri) bermesra dengan sebahagian daripada 251 penduduk FELCRA yang menerima pampasan insuran banjir di Dewan Orang Ramai Perkampungan Peserta FELCRA Berhad, Bukit Tandak, Rantau Panjang. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Syaherah Mustafa

FELCRA Berhad Kelantan memerlukan 5,700 hektar tanah untuk mewartakan negeri ini sebagai Wilayah FELCRA.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, setakat ini FELCRA memiliki 4,342 hektar tanah dan ia tidak melayakkan negeri ini sebagai Wilayah FELCRA.

“Syarat untuk layak sebagai negeri Wilayah FELCRA memerlukan 10,000 hektar tanah di sebuah negeri. Jadi, kita akan cuba usahakan untuk memperluaskan kawasan FELCRA dengan kerjasama rakyat dan kerajaan negeri.

“Tidak mustahil untuk Kelantan diwartakan sebagai Wilayah FELCRA namun memerlukan kerjasama baik daripada pelbagai pihak selain menyedarkan rakyat akan faedah yang diterima hasil pencapaian terbabit.

“Setakat ini, 1,644 peserta di seluruh Kelantan menerima dividen daripada FELCRA dengan bayaran RM3,687 seorang yang dibayar tiga kali setahun,” katanya ketika ditemui pada Majlis Mesra Aidilfitri FELCRA Berhad Kelantan di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Tandak, Rantau Panjang, tadi.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan banjir kepada 251 mangsa banjir yang melanda awal tahun ini.

Ahmad Jazlan berkata, antara faedah yang akan diperoleh jika Kelantan dapat mencapai Wilayah FELCRA ialah penambahan pendapatan dan program sampingan bagi membantu peserta.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Julai 2017 @ 5:48 PM