AHMAD Jazlan Yaakub. FOTO Fail NSTP.
AHMAD Jazlan Yaakub. FOTO Fail NSTP.
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Bekas Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dilantik semula sebagai Pengerusi Felcra.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan Ahmad Jazlan berkuat kuasa 1 Mac lalu selepas penelitian dan kelulusan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya sudah umumkan secara berperingkat, setakat ini dua pengerusi sudah saya umumkan. Pengumuman pelantikan ini akan dibuat secara berperingkat.

"Soal timbul isu atau tidak berhubung pelantikan ini, saya percaya ia tetap akan menjadi isu kerana tidak semua orang suka kita walaupun orang itu adalah yang terbaik.

"Pemilihan Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra dibuat kerana sebelum ini beliau sudah memperlihatkan prestasi yang baik dan cemerlang kepada Felcra dan anak syarikat Felcra," katanya pada sidang media selepas Majlis Memperkenalkan Calon-Calon Pemilihan Umno, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu dilaporkan sudah dilantik sebagai Pengerusi Felcra Berhad pada 1 Oktober 2021.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan pelantikan semula Ahmad Jazlan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2023 @ 1:20 PM