FOTO NSTP
FOTO NSTP
Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Jurulatih Bawah 22 (B-22) negara Datuk Ong Kim Swee tidak memandang mudah saingan Kumpulan A Sukan SEA selepas undian berlangsung hari ini.

Malaysia yang diletakkan dalam Kumpulan A sebagai tuan rumah diundi bersama-sama naib juara edisi 2015 iaitu Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei.

Manakala juara bertahan Thailand mengetuai Kumpulan B bersama-sama Vietnam, Indonesia, Kemboja, Timor Leste dan

Filipina.

"Saya tidak boleh mengatakan ia adalah kumpulan yang mudah kerana Myanmar dan Singapura melakukan persediaan yang baik. Malah saingan Laos dan Brunei tidak boleh diketepikan begitu saja.

"Semua perlawanan adalah penting dan ini pengalaman keempat saya di Sukan SEA, saya percaya semua sudah mempamerkan peningkatan," kata Kim Swee selepas undian di Kuala Lumpur.

Jelasnya, skuad negara tidak boleh terus memikirkan pingat emas kerana keutamaan adalah persiapan untuk menghadapi temasya itu.

"Kita perlu memikirkan usaha untuk mara ke separuh akhir terlebih dulu," jelasnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Julai 2017 @ 12:59 PM