Hafidzul Hilmi Mohd Noor


KEADAAN lalu lintas di kebanyakan lebuh raya utama lancar sehingga 4 petang hari ini.

Tinjauan Harian Metro yang melakukan pemantauan udara bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sekitar Pantai Timur termasuk di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong, mendapati kenderaan mula memasuki ibu negara bermula 12 tengah hari.

Plaza Tol Gombak juga tidak sesak. - Foto SALHANI IBRAHIM
Plaza Tol Gombak juga tidak sesak. - Foto SALHANI IBRAHIM

Pergerakan kenderaan dari arah selatan dan timur menunjukkan peningkatan namun terkawal.

Jurucakap Pusat Gerakan Trafik JSPT berkata, aliran trafik lancar walaupun ramai warga kota pulang selepas cuti sempena Hari Raya Aidilfitri.

Plaza Tol Jalan Duta yang lengang. - Foto SYARAFIQ ABD SAMAD
Plaza Tol Jalan Duta yang lengang. - Foto SYARAFIQ ABD SAMAD

Laluan lebuh raya di Ipoh yang kembali lengang. - Foto MUHAIZAN YAHYA
Laluan lebuh raya di Ipoh yang kembali lengang. - Foto MUHAIZAN YAHYA

"Trafik lancar di keseluruhan lebuh raya utama berikutan orang ramai pulang secara berperingkat ke ibu kota.

"Setakat ini tiada kemalangan dilaporkan hingga menyebabkan trafik bergerak perlahan," katanya.

Menurut jurucakap itu, pihaknya tidak menjangka berlaku kesesakan hari ini, berikutan ramai warga kota pulang lebih awal,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Julai 2017 @ 5:41 PM