FOTO esports-news.co.uk
FOTO esports-news.co.uk
Hazril Md Nor


HOS kejohanan tahunan Dota 2 bagi dua tahun berturut-turut, Paul 'Redeye' Chaloner mengumumkan bahawa dia tidak akan kembali untuk mengendalikan acara The International (TI) 7 pada tahun ini.

Menerusi laman Twitter miliknya, Paul berkata, dia dimaklumkan oleh Valve bahawa mereka mempunyai calon lain untuk menggantikan tempatnya.

"Selama dua tahun mengendalikan acara ini, saya agak sedih kerana tidak mampu berbuat demikian sekali lagi tahun ini.

"Ini adalah bisnes. Jadi saya faham keputusan Valve memilih calon paling sesuai untuk kepentingan produk mereka dan saya terima apa saja keputusan dibuat," katanya.

Dalam tempoh dua bulan saja lagi sebelum The International berlangsung di KeyArena, Seattle, Amerika Syarikat, komuniti Dota 2 mula membuat spekulasi bahawa hos TI 2, 3 dan 4, James '2GD' Harding mungkin bakal menjadi pengganti Paul untuk mengendalikan acara berprestij itu.

Sementara itu, hos yang terkenal untuk kejohanan CS:GO, Alex 'Machine' Richardson turut dipertimbangkan untuk menggantikan Paul. Alex pernah menjadi hos bagi kejohanan Dota 2 Boston Major dan EPICENTER di Moscow, Russia baru-baru ini.

Seperti tahun sebelumnya, Valve dijangka akan mengumumkan keputusan penuh mengenai pasukan jemputan, panelis, hos serta pengulas untuk The International 7 tidak lama lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Julai 2017 @ 3:58 PM