Dailymail

INSIDEN serangan di masjid Finsbury Park, London, malam tadi, dipercayai didalangi lebih daripada seorang.

Dailymail melaporkan setakat ini seorang lelaki ditahan tetapi saksi mendakwa melihat dua lagi lelaki di dalam van yang merempuh umat Islam yang dalam perjalanan pulang selepas solat terawih.

Seorang lelaki melaungkan azan selepas kejadian serangan terbaru berhampiran masjid Finsbury Park. FOTO Reuters
Seorang lelaki melaungkan azan selepas kejadian serangan terbaru berhampiran masjid Finsbury Park. FOTO Reuters

Saksi, Atikur Arhman, 41, mendakwa ada tiga individu dalam van itu dan dua dapat melarikan diri sejurus kejadian.

“Sebelum kejadian itu, seorang warga emas pengsan. Ketika orang ramai cuba membantunya, tiba-tiba mereka dirempuh sebuah van.

“Keadaan sekarang sudah tidak selamat lagi. Polis menahan seorang lelaki tetapi dua lagi melarikan diri,” katanya.

Anggota polis mengawal keadaan selepas insiden serangan. FOTO Reuters
Anggota polis mengawal keadaan selepas insiden serangan. FOTO Reuters

Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam itu, kira-kira 12 mangsa cedera dengan dua daripadanya dilaporkan parah selepas dirempuh sebuah van yang memecut di sepanjang kaki lima.

Seorang lagi saksi, Jamal, 21, berkata, dia sangat bimbang dengan keselamatan selepas beberapa kejadian keganasan berlaku di London.

Sekumpulan umat Islam menunaikan solat di laluan pejalan kaki di Finsbury Park selepas insiden serangan. FOTO AFP
Sekumpulan umat Islam menunaikan solat di laluan pejalan kaki di Finsbury Park selepas insiden serangan. FOTO AFP

“Saya bimbang apa pula yang berlaku esok. Keadaan di London tidak lagi selamat, saya bimbang keluar dari rumah sekarang. Ia tidak lagi selamat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2017 @ 11:04 AM