PAK Mail melayan  pelanggan yang   memilih jemput-jemput  untuk dimakan bersama keluarga.
PAK Mail melayan pelanggan yang memilih jemput-jemput untuk dimakan bersama keluarga.
myMetro

Kluang: Seorang peniaga, Ismail Bakar, 65, atau lebih dikenali sebagai Pak Mail Jemput-Jemput meneruskan tradisi buat tahun ketiga berturut-turut untuk mengagihkan jemput-jemput secara percuma kepada orang ramai sepanjang Ramadan.

Ismail berkata, dia melakukannya bagi berkongsi rezeki dengan orang ramai.

“Sempena Ramadan mari kita bersedekah kepada mereka yang berpuasa.

“Orang ramai boleh menyumbang tepung gandum, minyak masak, gula dan buah-buahan seperti betik, tembikai susu, nanas serta pisang untuk dijadikan jemput-jemput sebelum diagihkan semula bagi juadah berbuka puasa,” katanya ditemui di gerai jualannya di Jalan Kampung Melayu, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Mei 2017 @ 5:46 AM