Gambar adalah ihsan pembaca
Gambar adalah ihsan pembaca
Zuliaty Zulkiffli


POLIS sudah mengenal pasti identiti mayat lelaki yang ditemui di tepi sungai berhampiran kedai makan Kampung Golok Puting Lana Bulu, Ayer Hitam, yang ditemui orang awam, di Jitra, petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Md Mamad Md Eliyas, 32, yang juga warganegara Myanmar tetapi mempunyai kad pelarian UNHCR.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata berdasarkan bedah siasat yang dilakukan, terdapat kesan gigitan pada kedua-dua telinga, leher dan pelipat lengan kiri dipercayai digigit binatang.

Beliau berkata, berdasarkan cap jari pada mayat lelaki itu, dia didapati mempunyai rekod jenayah lampau namun enggan mengulas lanjut.

"Bagaimanapun, kita masih menunggu laporan berhubung punca kematian mangsa," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Harian Metro, semalam, melaporkan polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat lelaki yang sudah berbau dan berulat di lokasi kejadian, pada 3.40 petang.

Berikutan itu, anggota polis dari Balai Polis Ayer Hitam bergegas ke lokasi dan mengangkat mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.

Berita berkaitan

Mayat tepi sungai

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mei 2017 @ 2:31 PM