KERETA Perodua Kancil yang dinaiki dua lelaki warga Filipina.
KERETA Perodua Kancil yang dinaiki dua lelaki warga Filipina.
Junaidi Ladjana


Kota Kinabalu: Dua lelaki warga Filipina cedera dibelasah orang awam selepas ditahan kerana memandu Perodua Kancil curi di Taman Bandar Sierra, Manggatal dekat sini, jam 12.45 tengah malam semalam.

Suspek berusia 23 tahun dan 26 tahun ditangkap ahli keluarga pemilik Perodua Kancil dengan bantuan penduduk sebelum diserah kepada polis.

Menurut sumber, sebelum itu, seorang ahli keluarga mangsa terserempak dengan suspek yang memandu Perodua Kancil berkenaan di Tuaran sebelum mengekorinya.

Katanya, suspek kemudiannya memandu ke arah bandar selepas menyedari diekori.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 January 2017 @ 5:30 AM