AMIRUDDIN (dua dari kiri) melayan tetamu pada majlis Rumah Terbuka PWN Excellence di Jalan TUDM Pangkalan Udara Subang, Shah Alam.
AMIRUDDIN (dua dari kiri) melayan tetamu pada majlis Rumah Terbuka PWN Excellence di Jalan TUDM Pangkalan Udara Subang, Shah Alam.

Shah Alam: Rumah Terbuka PWN Excellence Sdn Bhd di pekarangan syarikat itu di Jalan TUDM Pangkalan Udara Subang, semalam meriah apabila lebih 600 orang memeriahkan suasana.

Ketua Bahagian Kejuruteraan syarikat itu Amiruddin Mohamed berkata, acara yang menjadi amalan dan tradisi itu selain mengeratkan silaturahim ia turut menghargai pelanggan yang menyokong perjalanan syarikat itu sejak ditubuhkan pada 2012.

“Pelanggan yang hadir terdiri daripada pelbagai bangsa dan acara ini dapat merapatkan hubungan seterusnya menghargai pelanggan,” katanya.

Syarikat milik penuh Bumiputera itu menyediakan perkhidmatan latihan helikopter kepada juruterbang dan pelanggan mereka terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, individu termasuk dari luar negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2016 @ 5:57 AM