NG (enam dari kiri) pada majlis perasmian projek Hotel Amari.
NG (enam dari kiri) pada majlis perasmian projek Hotel Amari.
myMetro

Kuala Lumpur: United Malayan Land Berhad (UMLand), menerusi projek yang dimajukannya, Hotel Amari Johor Bahru, kini melalui fasa akhir dan bakal beroperasi pada suku keempat 2016 termasuk sudah menandatangani perjanjian dengan Onyx Hospitality Group (Onyx) bagi pengurusan hotel berkenaan.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Dennis Ng berkata, Hotel Amari adalah sebahagian projek pembangunan bersepadu komersial, Suasana Iskandar Malaysia bernilai RM500 juta.

Katanya, ia merangkumi 242 bilik penginapan termasuk suite mewah dan akan diuruskan Onyx yang berpangkalan di Thailand.

“Kami amat berbesar hati kerana Onyx setuju bekerjasama dan menerusi kepakaran mereka, kami yakin Hotel Amari Johor Bahru menjadi komponen hebat dalam pembangunan Suasana.

“Projek ini ialah pembangunan komersial bersepadu yang terletak di tengah Johor yang terdiri daripada kediaman, runcit dan hospitaliti,” katanya.

Selain Amari Hotel, pembangunan itu juga terdiri daripada menara servis apartmen 35 tingkat dan pusat beli-belah Zenith.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2016 @ 5:20 AM