SALMIAH (kiri) melonggokkan ikan kembung yang baru ditangkap.
SALMIAH (kiri) melonggokkan ikan kembung yang baru ditangkap.

Alor Setar: Kehadiran musim angin Timur memberi rezeki lumayan buat nelayan di Kuala Kedah, di sini, sejak dua hari lalu, apabila mereka mampu memperoleh tangkapan yang banyak selepas pendapatan terjejas hampir sebulan akibat jerebu yang melanda bulan lalu.

Keadaan itu memberi khabar gembira buat golongan nelayan apabila membawa pulangan hasil tangkapan 100 hingga 200 kilogram (kg), sekali gus membolehkan mereka menyara keluarga.

Berikutan itu, harga ikan kembung turun sehingga RM2.50 hingga RM3 sekilogram bergantung pada saiz dan dijual sendiri nelayan sebaik bot tiba di pelantar ikan.

Peniaga ikan, Salmiah Ramli, 53, berkata, ketika ini, harga ikan kembung tidak menentu dan ada kalanya lebih murah sekiranya hasil tangkapan diperoleh terlalu banyak.

Katanya, dia menjual ikan pada harga RM3 sekilogram manakala dua kg pada harga RM5 dan RM10 untuk 4kg kepada pelanggan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2015 @ 8:08 AM