Empat mat rempit masing-masing dipenjara dua hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, semalam selepas didapati bersalah menunggang secara melulu dan berbahaya di ibu kota, kelmarin.

Majistret Zilfinaz Abbas menjatuhkan hukuman itu terhadap P Moganasudaram, 28, Muhammad Nur Hazwan Hazmi Mohd Noordzalie, 18, Mohamad Nor Mahadi Mohd, 22, dan Haizullizam Mohd Nor, 19, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit.

Mereka turut berdepan hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda itu.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan lesen mereka dibatalkan selain hilang kelayakan untuk memohon lesen baharu selama dua tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2015 @ 5:58 AM