Sekumpulan mahasiswa daripada Pergerakan Mahasiswa UM ketika  proses penamaan calon pelantikan MPP UM 2015/2018 di Auditorium Kompleks Perdana Siswa, UM.
Sekumpulan mahasiswa daripada Pergerakan Mahasiswa UM ketika proses penamaan calon pelantikan MPP UM 2015/2018 di Auditorium Kompleks Perdana Siswa, UM.
Oleh Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: “Mengadakan lebih banyak program intelek bersama tokoh-tokoh negara adalah antara perkara utama yang menjadi bahan kempen sekiranya saya terpilih membarisi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) sesi 2015/2016 pada hari pengundian Khamis ini,” katanya.

Demikian jelas pelajar tahun dua Sarjana Muda Sosiobudaya Melayu Akademi Pengajian Melayu, Mohd Adham Kamarulzaman, 21, selepas terpilih menjadi calon MPP sesi 2015/2016 pada hari penamaan calon di Auditorium Kompleks Perdanasiswa UM, semalam.

Wakil daripada kumpulan Penggerak Mahasiswa itu bakal menghadapi saingan tiga penjuru termasuk rakannya daripada kumpulan sama dan seorang calon bebas merebut kerusi fakulti di Zon A1 pada hari pengundian.

“Program intelek yang diadakan hari ini seperti sudah semakin berkurangan dan perlu dipertingkatkan terutama daripada alumni Akademi Pengajian Melayu (APM) sendiri.

“Selain itu, surau juga perlu diperindahkan dan diimarahkan dengan aktiviti yang dapat mengisi kerohanian pelajar,” katanya ketika ditemui Harian Metro pada hari penamaan calon di UM, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2015 @ 8:57 AM