SEORANG pelajar UKM membuang undi memilih wakil MPP.
SEORANG pelajar UKM membuang undi memilih wakil MPP.
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

Bangi : Kejadian menggemparkan seorang pelajar cedera diserang dua lelaki awal pagi kelmarin tidak menjejaskan proses pengundian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi 2015/2016.

Calon kerusi Umum pro-Aspirasi, Muhammad Farhan Khairuddin, 22, ketika mengulas hal itu berkata, biarpun tidak menjangka akan berlaku kejadian seumpama itu, ia seolah-olah sengaja dirancang pihak tertentu untuk meraih simpati.

“Dalam pemilihan beberapa tahun lalu turut menyaksikan beberapa insiden mengejutkan seperti ugutan bunuh terhadap calon, rumah sewa calon dilontar bom molotov koktel dan calon dikurung berlaku,” katanya ditemui di Kolej Pendeta Za’ba, di sini, semalam.

Menurut Muhammad Farhan, pihaknya mendapati sokongan pelajar semakin berpihak kepada mereka dalam pemilihan MPP sejak tahun lalu dan bersyukur apabila seorang calonnya iaitu Mohd Fikri Mohd Jumat, 20, dari Fakulti Kejuruteraan Alam Bina menang tanpa bertanding.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2015 @ 9:17 AM