ANGGOTA polis forensik memeriksa mayat dua lelaki yang ditemui dalam kereta.
ANGGOTA polis forensik memeriksa mayat dua lelaki yang ditemui dalam kereta.
Oleh Mohd Hasbi Sidek dan Icka S Hassan


Shah Alam: Dua sahabat karib yang disangka tidur dalam sebuah kereta di depan sebuah restoran di Seksyen 19, di sini, sebenarnya sudah meninggal dunia lima jam sebelum ditemui orang ramai jam 10.30 malam kelmarin.

Difahamkan, K Mathiannan, 25, dan R Changkaraanathrao, 25, berada di dalam kereta Proton Iswara sejak jam 7 pagi kelmarin dan ketika ditemui enjin kenderaan sudah mati akibat kehabisan minyak.

Malah, bapa kepada seorang daripada mangsa melalui lokasi kejadian kira-kira jam 2 petang dan melihat anaknya tidur dalam kenderaan berkenaan, namun tidak mengesyaki sebarang kejadian tidak diingini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai berhubung kejadian kira-kira jam 10.30 malam sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kami dapati terdapat dua lelaki dalam kenderaan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pemeriksaan awal mendapati pintu kenderaan tidak berkunci.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2015 @ 10:01 AM