KEPULAN asap dapat dilihat dari jauh dalam kebakaran di Batu 2, Jalan Kapar, kelmarin.
KEPULAN asap dapat dilihat dari jauh dalam kebakaran di Batu 2, Jalan Kapar, kelmarin.
Nur Izzati Izzah Nadzi


Klang: Tindakan pantas bomba mengawal kebakaran selama 20 minit berjaya menghalang api daripada merebak ke deretan rumah dan kilang di Batu 2, Jalan Kapar, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, tiga premis yang dijadikan rumah pekerja, stor simpanan biskut dan kilang industri kecil dan sederhana (IKS) hampir musnah sebelum dipadamkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang Zaidi Ahtan berkata, pihaknya dengan kerjasama Balai Bomba Kota Raja dan Kapar bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan jam 8.45 pagi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, api marak dengan kepulan asap tebal berikutan premis berkenaan keseluruhannya berstruktur kayu.

“Ia menyukarkan kerja pemadaman, namun kita bertungkus-lumus bagi mengelak ia merebak ke rumah dan kilang berdekatan yang lain,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, kebakaran dipadamkan sepenuhnya jam 10.30 pagi.

Kata Zaidi, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2017 @ 6:06 AM