IDRIS (tengah) bersama sukarelawan YSS, semalam.
IDRIS (tengah) bersama sukarelawan YSS, semalam.
Oleh Hayati Ibrahim

Putrajaya: “Mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4 bukan jaminan mendapat tempat di universiti awam,” tegas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, ini kerana persaingan daripada pelajar sangat hebat terutama bagi mereka yang ingin mengikuti pengajian dalam bidang perubatan, selain tempat terhad.

Malah, katanya, ada pelajar memilih universiti popular menyebabkan mereka berdepan persaingan lebih hebat dan akhirnya tidak mendapat tawaran kerana tidak memenuhi kriteria ditetapkan walaupun mendapat keputusan cemerlang.

“Tiba masanya rakyat negara ini terutama ibu bapa faham, penilaian masuk ke universiti bukan hanya berdasarkan prestasi akademik semata-mata, dan ini bermakna CGPA 4 bukan segala-segalanya.

“Kita kena terima hakikat kecemerlangan akademik semata-mata bukan jaminan ke universiti, sebaliknya perlu terbabit dalam aktiviti kesukarelawan, program kepemimpinan dan pertingkatkan kemahiran komunikasi,” katanya ketika ditemui media selepas meraikan 45 sukarelawan siswa Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di kementerian di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2015 @ 8:24 AM