SUKARELAWAN YSS pada Majlis Penutup Kempen Musim Panas 2015 Vietnam di Ho Chi Minh City.
SUKARELAWAN YSS pada Majlis Penutup Kempen Musim Panas 2015 Vietnam di Ho Chi Minh City.
Oleh Nur Lela Zulkipli

Kuala Lumpur: Seramai 45 sukarelawan siswa Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang berkampung selama sebulan di dua wilayah di Vietnam menamatkan misi mereka malam semalam bagi membantu masyarakat dunia yang memerlukan khidmat sukarelawan.

Misi YSS-ASEAN dalam Kempen Sukarelawan Musim Panas 2015 di Vietnam bermula 18 Julai lalu disertai ratusan ribu siswa belia Vietnam dan sukarelawan Malaysia yang menjalankan khidmat sukarelawan di seluruh wilayah di negara itu.

Program berkenaan adalah acara tahunan di Vietnam sejak 23 tahun lalu bagi menggalakkan semangat kesukarelawan di jiwa rakyatnya.

Sukarelawan Malaysia diwakili pelajar pelbagai institusi pengajian tinggi negara yang menjalankan khidmat sukarelawan di perkampungan Phu Xuan di wilayah Nha Be dan di Phong Phu dan Qui Duc di wilayah Binh Chanh, Vietnam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 9:51 AM