NAJIB  melepaskan   peserta #RunWithUs 2015 di Dataran Putrajaya,  semalam.
NAJIB melepaskan peserta #RunWithUs 2015 di Dataran Putrajaya, semalam.

Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak melepaskan 4,000 peserta #RunWithUs 2015 di Dataran Putrajaya, Presint 3, di sini, pagi semalam.

Perdana Menteri tiba di dataran jam 6.45 pagi dan disambut dengan tepukan gemuruh daripada peserta.

Acara berkenaan dianjurkan bersama oleh AstiRunners yang juga sekumpulan pelari dari Alumni Sekolah Menengah Sains Teluk Intan dan Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

Acara larian ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dan menyumbang bakti kepada masyarakat pelari di negara ini yang berkongsi serta menyokong pengalaman AstiRunner untuk mengubah gaya hidup positif.

Selain ketegori 5km dan 12km untuk lelaki dan wanita, larian berkenaan turut menggalakkan penyertaan kanak-kanak yang berusia tujuh tahun ke atas dalam acara ‘5km Fun Run’.

Sebaik acara pelepasan dilakukan, orang ramai mengambil peluang untuk beramah mesra, bersalaman dan berselfie dengan Perdana Menteri. – BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 9:56 AM