KEADAAN Perodua Myvi dipandu Lee (gambar) setelah berlanggar dengan sebuah bas di Batu 9 Jalan Alor Setar Kangar.
KEADAAN Perodua Myvi dipandu Lee (gambar) setelah berlanggar dengan sebuah bas di Batu 9 Jalan Alor Setar Kangar.
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Jitra: Seorang pemandu kereta Perodua Mvyi maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas di Batu 9, Jalan Alor Setar-Kangar, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Lee Cheong Cheong, 38, yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala pemandu bas Marsuki Ahmad, 59, turut cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, lelaki terbabit dalam perjalanan dari Kangar ke Alor Setar dan dipercayai memotong kenderaan lain dari arah sama sebelum bertembung dengan bas dari arah bertentangan.

Menurutnya, lelaki terbabit yang gagal mengelak terus merempuh bas menyebabkan dia tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu bas yang cedera parah dirawat di Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Perlis.

“Mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2015 @ 5:52 AM