ANGGOTA polis membawa seorang  OKU   yang ditahan ketika Ops Pengemis dan Kutu Raya Daerah Kulim, kelmarin.
ANGGOTA polis membawa seorang OKU yang ditahan ketika Ops Pengemis dan Kutu Raya Daerah Kulim, kelmarin.
Oleh Azahar Hashim

Kulim: Menggunakan alasan cacat penglihatan untuk meraih simpati. Itu dilakukan sepasang suami isteri yang mengemis di pasar pagi dan malam sekitar daerah ini hingga memperoleh RM300 sehari.

Bagaimanapun, kegiatan suami, 53, dan isterinya, 41, terbongkar selepas mereka antara 11 pengemis yang ditahan dalam Ops Pengemis dan Kutu Raya Daerah Kulim yang dijalankan di pasar malam Pekan Kulim dan Sungai Kob, di sini, kelmarin.

Operasi dijalankan JKM Kulim, Jabatan Imigresen, Pejabat Agama Daerah Kulim, Pejabat Daerah Kulim dan polis itu bermula jam 7 malam serta menahan 11 individu iaitu enam penduduk tempatan serta lima warga asing dari Kemboja dan Thailand berusia dua hingga 56 tahun.

Pegawai JKM Kulim Mohamad Zarir Mohamad Khozali berkata, pasangan terbabit ditahan di kawasan pasar malam pekan Kulim ketika menjalankan kegiatan mereka.

“Kami menjalankan operasi ini selepas menerima aduan orang ramai dan menahan pasangan terbabit untuk membantu mereka supaya tidak lagi mengemis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 7:22 AM