Marziah  membantu  Nur Iman Nazharuddin, 9, bersiap sebelum dihantar ke sekolah. Mereka kini tinggal sementara di Intekma Resort, Shah Alam.
Marziah membantu Nur Iman Nazharuddin, 9, bersiap sebelum dihantar ke sekolah. Mereka kini tinggal sementara di Intekma Resort, Shah Alam.
Oleh Naqiukamil Abdullah dan Syahril Azam


Shah Alam: “Berpindah secara kelam-kabut sangat memenatkan kerana melakukan semua perkara dalam tempoh singkat, namun demi keselamatan kami teruskan,” kata seorang penduduk Jalan Plumbum 7/101A Seksyen 7, di sini, yang menginap di sebuah hotel selepas kejadian mendapan tanah.

Marziah Mahmud, 43, berkata, kehidupannya sekeluarga sedikit huru-hara berikutan terpaksa berpindah dan menginap di penempatan sementara disediakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Intekma Resort, Seksyen 6, di sini.

Menurutnya, dia, suami dan tiga anak berusia antara sembilan hingga 18 tahun meninggalkan rumah pada 2 April lalu kerana bimbangkan keselamatan.

“Kini sudah sembilan hari saya di pusat pemindahan dan aktiviti harian kami sekeluarga terjejas kerana faktor jarak. Proses menghantar dan mengambil anak di sekolah perlu awal 20 minit kerana jarak sekarang yang lebih jauh berbanding dulu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2015 @ 8:42 AM