PASAR raya Mydin di Kuala Terengganu ditutup selama dua jam bagi menghormati solat Jumaat.
PASAR raya Mydin di Kuala Terengganu ditutup selama dua jam bagi menghormati solat Jumaat.
Oleh Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Selepas hampir dua bulan kerajaan negeri mengeluarkan arahan penutupan operasi pasar raya dan pusat beli-belah selama dua jam setiap Jumaat, semua premis yang menjadi tumpuan orang ramai lengang dan sepi.

Malah, kebanyakan kedai makan dan makanan segera turut menghentikan operasi mereka bermula jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang, sebagai menghormati arahan dikeluarkan.

Jika pada peringkat awal pelaksanaannya, situasi berkenaan sedikit janggal tetapi kini masyarakat mula menerima keadaan itu.

Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar raya di sekitar Kuala Terengganu dan Gong Badak mendapati suasana lengang dan hanya kelibat pekerja wanita saja dilihat berehat sementara menunggu waktu masuk bekerja.

Pengunjung, Syarifah Nurul Syafika Syed Akil, 20, menyifatkan arahan dikeluarkan kerajaan adalah usaha murni bagi menghormati solat Jumaat.

“Saya bersetuju dengan usaha yang dilaksanakan dan ia bersesuaian dengan tuntutan agama kita terutama dalam aspek menghormati solat Jumaat itu sendiri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 5:28 AM