SEBAHAGIAN pelajar Kuliah Al Lughah Waddin As Sultan Abu Bakar menunjukkan keputusan STAM yang diterima, semalam.
SEBAHAGIAN pelajar Kuliah Al Lughah Waddin As Sultan Abu Bakar menunjukkan keputusan STAM yang diterima, semalam.

Kuantan: “Saya sering membaca al-Quran untuk mendapat ketenangan,” kata pelajar yang memperoleh keputusan 10 Mumtaz Sufi (paling cemerlang) dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014, Nur Aina Shafina Mohd Ismail, 19.

Anak kepada seorang buruh dari Kampung Bukit Mendi, Triang, Bera, itu berkata, dia mengamalkan petua berkenaan selain mengulang kaji pelajaran dan selebihnya bertawakal kepada Allah SWT.

“Alhamdulilah...kejayaan ini adalah permulaan untuk saya lebih cemerlang pada masa depan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pelajar Kuliah Al Lughah Waddin As Sultan Abu Bakar, Pekan itu, berkata, dia berazam membantu keluarga yang ketika ini bergantung pendapatan bapanya melakukan pelbagai pekerjaan seperti membaiki rumah manakala ibunya suri rumah.

Seramai 54 calon daripada 742 pelajar menduduki STAM 2014 di negeri ini memperoleh keputusan cemerlang iaitu pangkat Mumtaz dalam 10 mata pelajaran diambil.

Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Pahang Mohd Razali Mustafar berkata, pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) juga menunjukkan peningkatan 0.11 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 January 2015 @ 10:43 AM