MUHAMMAD Iman Taqiuddin Mohd Razif (kiri) bersama pelajar terbaik yang lain menunjukkan slip peperikasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) masing-masing ketika ditemui di SMA Atas Sultan Zainal Abidin (SMAZA). FOTO Syahirah Abdullah

Ahmad Rabiul Zulkifli

Kuala Terengganu: Tiga belas daripada 118 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 di Terengganu memperoleh sijil pangkat Mumtaz (cemerlang) yang diumumkan hari ini.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Husin, berkata jumlah pelajar cemerlang yang dicatatkan itu menurun berbanding 27 pada 2014.

Menurutnya, walaupun begitu berlaku peningkatan di peringkat Jayyid Jiddan (sangat baik) iaitu sebanyak 10.21peratus kepada 49.15 peratus tahun ini.

"Gred Purata Negeri(GPN) bagi calon sekolah kerajaan ialah 2.42 berbanding 2.20 pada 2014.

"Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu mencapai keputusan Mumtaz tertinggi dengan lapan orang diikuti Institut Al-Quran Terengganu (IQ) seramai empat orang dan Istitut Pengajian Islam (INSPI) seorang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2016 @ 2:19 PM