ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat membersihkan helikopter Super Puma di Pangkalan Bun selepas menyertai operasi, semalam.
ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat membersihkan helikopter Super Puma di Pangkalan Bun selepas menyertai operasi, semalam.
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

Selat Karimata: Dua lagi mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dijumpai terapung dalam keadaan masih terikat di kerusi penumpang, pagi semalam.

Panglima Komando Armada Wilayah Barat Laksamana Muda Widodo berkata, kedua-dua mayat itu ditemui anggota Tentera Laut Indonesia (TNI-AL) berdekatan lokasi penemuan fiuslaj pesawat di Selat Karimata, Kalimantan Tengah, kira-kira jam 11.30 pagi (waktu tempatan).

“Ketika dijumpai, mayat sudah rosak dan terikat dengan tali pinggang keledar. Ia terapung di kawasan ditanda penyelam sebagai lokasi penemuan rangka utama pesawat. Begitupun, belum ada maklumat rasmi mengenai jantina kedua-dua mangsa,” katanya.

Jelas Widodo, keadaan mayat yang sudah rosak menyukarkan proses pengecaman awal.

“Ini (keadaan mayat) memang di luar jangkaan. Kami tidak boleh analisis,” katanya.

Mayat itu kemudian dibawa ke Teluk Kumai oleh KRI Sibolga sebelum dipindahkan ke kapal pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Penemuan itu menjadikan jumlah mayat ditemui sebanyak 51 dengan 46 daripadanya sudah dikenal pasti.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 8:02 AM