PERTANDINGAN ratu cantik unta.
PERTANDINGAN ratu cantik unta.
Nurul Husna Mahmud


Melihat keletah haiwan sahaja sudah cukup menghiburkan. Tidak hairan apa juga spesies haiwan boleh menjadi kesayangan manusia.

Justeru haiwan ini dipelihara sebagai peneman dan selain satu bentuk terapi di rumah. Tidak kurang juga memeliharanya bagi tujuan pertandingan.

Di serata dunia ada beberapa pertandingan unik membabitkan haiwan yang mungkin boleh dianjurkan suatu hari nanti di Malaysia.

Berikut beberapa pertandingan unik boleh diamati dan pastinya ia menarik untuk dihayati:

1. Kejohanan bola sepak gajah

Permainan bola dan haiwan adalah sukan polo berkuda dan di Chitwan, Nepal ceritanya adalah berbeza kerana gajah bermain bola.

Ketika Festival Gajah Chitwan diraikan pada setiap penghujung Disember pula, gajah dikendalikan 'Mahouts' (penunggang) akan melatih gajah bermain bola menggunakan belalai.

Seperti permainan bola sepak, mata dikira apabila gajah menjaringkan bola ke gawang lawan.

2. Perlawanan cengkerik

Pengaruh sukan ini cukup besar di Tanah Besar China yang mana dikatakan pada peringkat nasional hadiah ditawarkan berjaya setara dengan acara sukan lain di Beijing.

Perlawanan cengkerik ini berusia 1,000 tahun dan kekal sebagai sukan rakyat paling popular yang mana nilai cengkerik dipertandingkan boleh mencecah harga RM6,777. Harga itu tidak sepadan dengan hayat serangga berkenaan iaitu hanya mampu hidup selama 100 hari.

BOLA sepak gajah.
BOLA sepak gajah.

KATAK lompat juga ada kejohanan dunia.
KATAK lompat juga ada kejohanan dunia.

ARNAB juga ada acara lompat.
ARNAB juga ada acara lompat.

3. Pertandingan ratu cantik unta

Setiap kali Festival Unta Al Dhafrah di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), pengunjung boleh menyaksikan tarikan ratu cantik paling sopan.

Mana tidaknya berbanding wanita diperaga atau dihias cantik, dalam acara terbabit hanya unta dirias.

Selain unta dirias seperti dipakai busana atau aksesori, pengendalinya turut 'melaram' mengenakan busana dengan tema sama.

4. Pertandingan pertunjukan lompatan arnab

Biasanya kuda, tetapi acara dipanggil 'Kanninghoppning' ialah membabitkan haiwan comel, arnab.

Pertandingan ini antara disiplin pertandingan pameran arnab di Sweden dan kemudian meluas ke United Kingdom dan negara Scandinivia.

Rekod lompatan tertinggi arnab di dunia yang direkodkan ialah 91.44 sentimeter. Malaysia juga mungkin boleh menganjurkan acara sama.

5. Pertandingan lompat katak

Acara ini diadakan di Angels Camp, California, Amerika Syarikat dengan menawarkan hadiah utama RM22,590 kepada katak melompat paling jauh.

Bagi rekod dunia acara ini ialah pada 1986 apabila milik katak Rosie The Ribeter yang melompat lebih dari enam meter (21 kaki, lima inci).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 January 2024 @ 6:47 AM