BAWA haiwan peliharaan ke doktor perubatan veterinar jika tidak sihat.
BAWA haiwan peliharaan ke doktor perubatan veterinar jika tidak sihat.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


Seperti manusia, haiwan peliharaan juga mengalami isu kesihatan yang perlu diberikan perhatian untuk kesejahteraan kehidupan haiwan berkenaan.

Oleh itu, setiap masalah kesihatan perlu dirujuk dan dirawat doktor perubatan veterinar berdasarkan tahap keterukan dialami haiwan ini.

1 - Prevalan isu kesihatan haiwan peliharaan: obesiti

Obesiti adalah salah satu masalah kesihatan haiwan peliharaan yang paling biasa.

Masalah ini kerap berlaku kepada haiwan peliharaan kerana kurang bergerak aktif dan makan terlalu banyak.

Haiwan peliharaan perlu ada jadual pemakanan untuk diet yang sihat dan bukan memberi makanan apabila makanan kosong pada bekasnya.

Doktor perubatan veterinar boleh membantu pemilik haiwan peliharaan untuk memutuskan pelan diet bersesuaian bagi diet haiwan kesayangan mereka.

Ini bagi mengelakkan masalah kesihatan haiwan pada masa hadapan.

KUCING tidak sihat menunjukkan gejala tidak aktif.
KUCING tidak sihat menunjukkan gejala tidak aktif.

Permulaan mudah untuk menyelesaikan masalah obesiti terhadap haiwan peliharaan ialah membawanya kerap berjalan di taman atau membelikan permainan bagi memastikan ia bergerak aktif dan sihat.

2 - Adakah haiwan peliharaan mengalami alahan?

Alahan juga masalah biasa dialami haiwan peliharaan. Perkara ini selalunya disebabkan jenis makanan yang diberikan kepada haiwan peliharaan, faktor persekitaran dan perubahan cuaca.

Gejala alahan atau penyakit lain dialami haiwan terbabit termasuk muntah, ruam dan perubahan tingkah laku.

Sekiranya menyedari tingkah laku pelik haiwan peliharaan, bawa ia ke klinik veterinar untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

3 - Penjagaan gigi membawa kepada peningkatan kesihatan keseluruhannya

Selain keperluan kesihatan, pemeriksaan gigi juga aspek penting terhadap haiwan peliharaan.

Tanpa perhatian sewajarnya terhadap kesihatan mulut, jangkitan boleh berlaku dan mencetuskan masalah kesihatan lain.

Penjagaan gigi haiwan peliharaan di rumah dapat mencegah jangkitan atau penyakit gusi. Sekiranya membabitkan masalah besar, dinasihatkan menjalani pembedahan pergigian.

4 - Khidmat nasihat doktor perubatan veterinar untuk penjagaan haiwan kesayangan di rumah

Khidmat nasihat ini dapat meningkatkan peluang haiwan kesayangan cepat pulih apabila menghadapi masalah kesihatan di rumah.

BELI permainan kucing supaya bergerak aktif.
BELI permainan kucing supaya bergerak aktif.

Tumpuan diberikan kepada jenis rawatan yang boleh dilakukan di rumah, maka tindakan pantas boleh dilakukan jika haiwan peliharaan tidak sihat.

Bagaimanapun, jika timbul masalah kesihatan yang serius, boleh merujuk doktor perubatan veterinar untuk mengetahui tahap kesihatan semasa haiwan peliharaan.

5 - Kepentingan pemeriksaan rutin oleh doktor perubatan veterinar

Pemeriksaan berkala ini membantu memastikan tahap kesihatan haiwan peliharaan berada pada tahap baik.

Ini satu langkah untuk mengelakkan berlaku kelewatan dalam pengesanan penyakit yang serius.

Jika haiwan peliharaan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara, segera dirujuk kepada doktor perubatan vaterinar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Ogos 2023 @ 6:11 AM