SKRIN AMOLED yang digunakan peranti ini membolehkan pengguna menikmati kecerahan paparan dengan begitu baik
SKRIN AMOLED yang digunakan peranti ini membolehkan pengguna menikmati kecerahan paparan dengan begitu baik
Muhammad Saufi Hassan


JAM pintar pada hari ini bukan lagi satu aksesori tambahan sebaliknya sudah menjadi salah satu perkakas penting untuk memantau tahap kesihatan selain daripada menjadi 'jurulatih maya' kepada pengguna.

Bagaimanapun, kebanyakan jam pintar pada hari ini didatangkan dengan tanda harga 'keras' sekali gus tidak semua lapisan pengguna mampu untuk memilikinya.

Kali ini, #ITMetro mencadangkan dua variasi jam pintar keluaran Kieslect iaitu Kieslect Smart Calling Watch Kr2 (Kr2) dan Kieslect Smart Calling Watch Ks2 (Ks2).

Kedua-dua peranti ini memiliki tanda harga kurang daripada RM800 namun memliki kefungsian yang menyeluruh termasuk skrin pemuka yang besar memudahkan pengguna untuk membaca semua maklumat di paparan.

Bagi jam pintar Kr2, ia didatangkan dengan cip pemproses dua teras bersama pemuka 1.43 inci Definisi Penuh (FHD) paparan AMOLED dengan ciri - ciri AOD bersama pemuka yang boleh diubah suai mengikut kesesuaian engguna.

Untuk model ini, ia memiliki sensor biometric lanjutan serta pengurusan kesihatan sepanjang masa bersama data komprehensif aktiviti riadah dan kesihatan.

BATERI mampu beroperasi lebih lima hari.
BATERI mampu beroperasi lebih lima hari.

Rekaan untuk variasi ini dengan pemuka bulat menampakkan rekaan yang lebih 'sporty' di samping menyokong 100 mod riadah bersama ketahanan bateri kira-kira lima hari untuk penggunaan optimum.

Variasi Ks2 pula, ia hampir sama dengan spesifikasi Kr2 tetapi memiliki skrin pemuka yang lebih besar iaitu 2.01 inci FHD AMOLED serta sokongan 100 mod sukan riadah bersama 'smart recognition' bagi memudahkan pengguna.

Rekaan variasi ini yang berbentuk segi empat tepat secara menegak menjadikan ia tampil segak serta sesuai untuk pengguna yang mahu kelihatan seperti 'korporat' tanpa mengabaikan rekaan 'trendy' yang mengagumkan.

Pengalaman penggunaan untuk dua variasi ini adalah sangat baik apabila skrin sesentuh boleh dikategorikan sebagai licin manakala mod jam pintar boleh dipilih dengan memusing 'crown' jam di bahagian tepi.

KIESLECT menawarkan jam pintar dengan tanda harga mampu milik tanpa mengabaikan spesifikasi yang menarik.
KIESLECT menawarkan jam pintar dengan tanda harga mampu milik tanpa mengabaikan spesifikasi yang menarik.

Kelebihan yang ketara untuk jam pintar ini adalah skrin paparan yang begitu cerah serta mampu beroperasi tanpa mengira tempat serta keadaan cuaca.

Sokongan lebih 100 mod riadah itu juga memberikan kebebasan kepada pengguna untuk melaksanakan sebarang bentuk sukan.

Faktor jualan untuk jam pintar ini selain daripada harga adalah rekaannya yang bermain dengan warna kontrast memperlihatkan rekaan moden jam pintar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Jun 2024 @ 6:30 AM