CANON laser baharu.
CANON laser baharu.
Muhammad Saufi Hassan


Pengeluar perkakas pengimejan dan pencetak terkemuka, Canon memperkenalkan tujuh pencetak berteknologi laser baharu daripada generasi 'imageClass'.

  Menerusi pengenalan itu, pencetak kelas imej berkenaan adalah LBP243DW, LBP246DW, LBP248X, MF461DW, MF465DW, MF469X dan LBP732CX.

  Pengenalan pencetak teknologi laser itu memberikan dinamik baharu kepada pengguna dengan objektif kecepatan masa mencetak dan kualiti bahan bercetak yang bermutu tinggi.

  Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, Yoshiie Masato berkata, pihaknya memberikan fokus kepada inovasi yang berterusan untuk produk baharu yang dihasilkan.

  "Pengenalan kepada pencetak baharu ini adalah bukti dedikasi kami untuk menghasilkan generasi produk baharu berinovasi serta mengikuti perkembangan teknologi semasa," katanya.

  Generasi pencetak baharu itu mampu untuk mencetak 40 helaian per minit (ppm) dengan pantas dan lebih efisien berbanding generasi terdahulu.

  Semua model berkenaan dilengkapi dengan pencetak duplex automatik, mengurangkan penggunaan kertas dan memastikan kelestarian serta kos organisasi sentiasa minimum.

  Untuk model MF460, siri berkenaan mampu melakukan imbasan lebih 100 helaian per minit.

  Pencetak baharu berkenaan diintegrasi dengan penyelesaian awanan (clouds), sokongan Google Drive, Dropbox dan OneDrive untuk mencetak dan imbasan.

  

#kw canon, pencetak laser

 

 

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2024 @ 11:55 AM