PIXMA E410 dan PIXMA E470
PIXMA E410 dan PIXMA E470
PIXMA TS5070 dan PIXMA TS8070
PIXMA TS5070 dan PIXMA TS8070
PIXMA G4000
PIXMA G4000
MAXIFYiB470 (fungsi tunggal), MAXIFY MB5170 (pelbagai fungsi) dan MAXIFY MB5470 (pelbagai fungsi)
MAXIFYiB470 (fungsi tunggal), MAXIFY MB5170 (pelbagai fungsi) dan MAXIFY MB5470 (pelbagai fungsi)
imageCLASS LBP351x (fungsi tunggal) dan imageCLASS LBP352x (fungsi tunggal) monokrom
imageCLASS LBP351x (fungsi tunggal) dan imageCLASS LBP352x (fungsi tunggal) monokrom
imageCLASS LBP841Cdn (berwarna) (fungsi tunggal)
imageCLASS LBP841Cdn (berwarna) (fungsi tunggal)
imageCLASS MF416dw (multi fungsi) dan imageCLASS MF515x monokrom<
imageCLASS MF416dw (multi fungsi) dan imageCLASS MF515x monokrom<
Sofyan Rizal Ishak


Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, melancarkan 13 pencetak baru membabitkan lima rangkaian model pencetak sebagai meraikan kejayaan sebagai jenama pencetak Inkjet nombor satu di Malaysia selama 20 tahun berturut-turut.

Pada kali ini, barisan model baru ini dilengkapi dengan pelbagai ciri terkini dan menarik disasarkan untuk kegunaan di rumah, rumah kecil pejabat rumah (SOHO), kerajaan atau syarikat besar.

Pengguna boleh memilih model daripada siri pencetak PIXMA Ink Efficient E dan G, pencetak foto semua dalam satu PIXMA, pencetak MAXIFY Business Inkjet dan pencetak Laser imageCLASS apabila semua pencetak ini menawarkan prestasi dan fungsi lebih baik untuk memenuhi keperluan cetakan pengguna yang semakin berkembang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia Andrew Koh berkata pencapaian sebagai jenama Inkjet nombor satu di Malaysia selama 20 tahun berturut-turut adalah satu kejayaan yang signifikan dan penuh makna bagi pihak syarikat.

Menurutnya, syarikat sedar mereka perlu mengukuhkan hubungan dengan pengguna bukan sahaja daripada aspek teknologi malah melalui produk yang memiliki pelbagai ciri menarik untuk memenuhi apa jua keperluan pengguna.

“Kami akan terus melabur bagi memastikan kekal berada di kedudukan teratas dalam perniagaan inkjet dan juga laser di samping menawarkan sokongan kepada pengguna melalui pengalaman khidmat pelanggan yang cemerlang,” katanya pada majlis pelancaran 13 pencetak Canon di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Penolong Pengarah Divisyen Maklumat dan Pengimejan Pengguna, Jeffery Kung berkata pelancaran 13 pencetak pada separuh kedua tahun ini membuktikan komitmen Canon untuk menawarkan ciri-ciri terbaik dan terkini yang dipakejkan dalam peranti berkualiti tinggi, menjimatkan kos serta memberi nilai tambah.

“Ini juga adalah cara kami meraikan pencapaian terbaik ini melalui tawaran satu rangkaian penyelesaian pencetak yang memiliki spesifikasi tersendiri demi memenuhi keperluan pengguna yang semakin tinggi,” katanya.

Untuk separuh kedua 2016, Canon melancarkan 13 model baru iaitu PIXMA E410, PIXMA E470, PIXMA TS5070, PIXMA TS8070, PIXMA G4000, MAXIFY iB4170 (fungsi tunggal) , MAXIFY MB5170 (multi fungsi), MAXIFY MB5470 (multi fungsi), imageCLASS LBP351x (fungsi tunggal), imageCLASS LBP352x (fungsi tunggal), imageCLASS MF416dw (multi fungsi), imageCLASS MF515x (multi fungsi) dan imageCLASS LBP841Cdn (fungsi tunggal).

Mengulas lebih lanjut, Kung berkata PIXMA E410 dan PIXMA E470 bakal mengatasi pencetak generasi terdahulu dengan katrij dakwat yang murah dan menawarkan jumlah cetakan lebih tinggi bagi memastikan operasi dengan kos berpatutan buat pengguna di rumah.

Menurutnya, ia boleh mencetak sehingga 400 keping dokumen monokrom dan sehingga 180 halaman dokumen berwarna bagi setiap katrij.

“PIXMA E470 tampil dengan keupayaan Wi Fi binaan dalam agar mudah dipasang di rumah sekali gus membolehkan sambungan tanpa wayar dengan peranti mudah alih atau komputer riba yang dilakukan melalui Access Point Mode meskipun dengan ketiadaan penghala (router) tanpa wayar,” katanya.

Untuk pengguna di rumah dan SOHO yang ingin cetakan foto lebih maju, Pencetak Foto Semua Dalam Satu PIXMA TS8070 dan PIXMA TS5070 ternyata lebih menyerlah berbanding model lain melalui keupayaan mencetak dan ciri yang mengagumkan serta reka bentuk bergaya dan kompak.

Model utama pencetak semua dalam satu PIXMA TS8070 dilengkapi sistem dakwat hibrid enam warna untuk memberikan kualiti cetakan foto dan dokumen lebih baik berbanding pencetak di rumah dalam kelasnya.

Pencetak PIXMA TS5070 tampil bersama panel LCD warna bersaiz 3” yang lengkap dengan fungsi Document Removal Reminder, sokongan kertas media bersaiz 5”x5” serta cetakan terus daripada kad memori.

Kung berkata, pencetak Ink Efficient PIXMA G4000 Refillable Ink Tank Canon baru dengan reka bentuk bekas dakwat bersepadu pasti menggembirakan pengguna di rumah dan SOHO melalui kemampuan pelbagai fungsi seperti volum cetakan, salinan dan faks yang tinggi pada kos operasi minimum.

Botol dakwatnya yang besar dengan dakwat asli Canon boleh mencetak sehingga 6,000 halaman dokumen hitam putih dan 7,000 helai dokumen berwarna sebelum ia diganti.

Percetakan di pejabat kini lebih mudah dan produktif melalui pencetak pelbagai fungsi MAXIFY Business Inkjet MB5470 dan MAXIFY MB5170 serta pencetak tunggal iB4170 mampu mencetak 24 imej seminit (ipm) untuk cetakan hitam putih dan 15.5ipm untum cetakan berwarna.

Beliau berkata, pengguna di syarikat saiz sederhana hingga besar boleh mengharapkan perubahan yang siginifikan terhadap hasil dan prestasi cetakan mereka melalui pencetak laser fungsi tunggal monokrom imageCLASS LBP351x dan imageCLASS LBP352x, pencetak laser fungsi tunggal warna imageCLASS LBP841Cdn A3 dan pencetak pelbagai fungsi monokrom imageCLASS MF416dw (multi fungsi) dan imageCLASS MF515x.

ImageCLASS LBP351x dan imageCLASS LBP352x baru menjadi pencetak paling pantas pantas dalam rangkaian pencetak Canon imageCLASS dengan kelajuan cetakan 55 dan 62 ppm serta cetakan pertama sekitar 7.0 hingga 7.2 saat.

“Syarikat, institusi pendidikan dan agensi kerajaan yang memliki volum cetakan warna yang tinggi boleh memilih imageCLASS LBP841Cdn di mana ia adalah pencetak laser fungsi unggal warna A3 yang sangat versatil dan laju sesuai untuk persekitaran kerja yang sibuk,” katanya.

Pencetak laser monokrom pelbagai fungsi (mencetak, mengimbas, menyalin dan faks) imageCLASS MF416dw dan imageCLASS MF515x pula menetapkan satu penanda aras baru apabila ia menyokong cetakan kedua-dua belah halaman dan membolehkan imbasan pendua untuk pelbagai saiz dokumen secara automatik.

Untuk memudahkan integrasi dengan aplikasi biasa perniagaan, pencetak LBP351x, LBP352x, MF416dw dan MF515x menampilkan sokongan binaan dalam yang selari dengn standard industri, bahasa PCL dan Adobe PostScript.

“Model yang baru dilancarkan ini juga membantu pengguna mengurangkan penggunaan tenaga dalam usaha memupuk persekitaran yang lebih hijau dan turut menyokong percetakan mudah alih melalui aplikasi seperti Canon Print Business, Apple Air Print, Google Cloud Print dan Monpria bagi membolehkan pengguna mencetak di mana-mana,” katanya.

INFO

PIXMA E410 dan PIXMA E470

• Kelajuan Cetakan ISO Dokumen: 8.0 ipm (hitam putih) dan 4.0 ipm (warna)

• Jumlah Muka Surat: 400 (hitam putih) dan 180 (warna)

• Harga Runcit Cadangan dengan GST: RM254 (E410) dan RM314 (E470)

PIXMA TS5070 dan PIXMA TS8070

• Kelajuan Cetakan ISO Dokumen: 12.6 ipm (hitam putih) dan 9.0 ipm (warna)(TS5070)/ 15.0 ipm (hitam putih) dan 10.0 ipm (warna)(TS8070)

• Kelajuan Cetakan Foto: 39 saat (TS5070) dan 21 saat (TS8070)

• Warna: Hitam (TS5070) dan Hitam, Merah, Coklat (TS8070).

• Harga Runcit Cadangan dengan GST: RM537 (TS5070) dan RM841 (TS8070)

PIXMA G4000

• Kelajuan Cetakan ISO Dokumen (A4): 8.8 ipm (hitam putih) dan 5.0 ipm (warna)

• Kelajuan Cetakan Foto: 60 saat

• Jumlah muka surat: 6,000 (hitam putih) dan 7,000 (warna)

• Harga Runcit Cadangan dengan GST: RM1,011

MAXIFYiB470 (fungsi tunggal), MAXIFY MB5170 (pelbagai fungsi) dan MAXIFY MB5470 (pelbagai fungsi)

• Kelajuan Cetakan (ISO/IEC 24711-12): 24.0 ipm (hitam putih) dan 15.5 m (warna) - (iB4170, MB5170 dan MB5470)

• Kelajuan Cetakan Foto (Maksimum): 32.5 ppm (hitam putih) dan 26.5 ppm (warna) - (iB4170, MB5170 dan MB5470)

• Kapasiti Kemasukan Kertas: 250 helai (kaset 1 dan 2) - iB4170, 250 helai (MB5170) dan 250 helai (kaset 1 dan 2)-MB5470

• Harga Runcit Cadangan dengan GST: RM606 (ib4170), RM983 (MB5170) dan RM1,264 (MB5470)

imageCLASS LBP351x (fungsi tunggal) dan imageCLASS LBP352x (fungsi tunggal) monokrom

• Kelajuan Cetakan ISO Dokumen: 55 ppm (hitam putih)-LBP351x dan 62 ppm (hitam putih)-LBP352x

• Cetakan pertama: 7.2 saat (LBP351x ) dan 7 saat (LBP352x)

• Jumlah muka surat (standard dan XL): 11,000 dan 25,000 muka surat hitam (LBP351x dan LBP352x)

• Harga Runcit Cadangan dengan GST: RM5,630 (LBP351x ) dan RM6,650 (LBP352x)

imageCLASS LBP841Cdn (berwarna) (fungsi tunggal)

• Kelajuan Cetakan ISO Dokumen (A4): 26 ppm (hitam putih dan warna)

• Cetakan pertama: Kurang 10 saat

• Jumlah muka surat (standard): 7,000 muka surat (hitam) dan 7,400 muka surat (warna)

Harga Runcit Cadangan dengan GST: RM8,620

imageCLASS MF416dw (multi fungsi) dan imageCLASS MF515x monokrom

• Kelajuan Cetakan Dokumen ISO: 33 ppm (hitam putih) - MF416dw dan 40 ppm (hitam putih) - MF515x

• Cetakan pertama: 6.3 saat

• Jumlah muka surat (standard): 2,100 muka surat (hitam) - MF416dw dan 6,000 muka surat (hitam)- MF515x

• Harga Runcit Cadangan dengan GST: RM3,100 8,620 - MF416dw dan RM3,980 - MF515x

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 November 2016 @ 12:12 PM