REALME 11 Pro+ 5G
REALME 11 Pro+ 5G
Muhammad Saufi Hassan

Pengeluar peranti terkemuka, Realme mengesahkan akan melancarkan siri Realme 11 Pro untuk pasaran global tidak lama lagi.

Menerusi peranti berkenaan, ia didatangkan dengan sensor dipertingkatkan daripada Samsung ISOCELL HP3 SuperZoom khusus untuk peranti kelas mercu mereka iaitu Realme 11 Pro+ 5G yang menggunakan lensa kamera 200 megapiksel (MP) OIS SuperZoom.

Sistem kamera 200MP ini adalah berasaskan kepada cip Samsung ISOCELL HP3 yang dipertingkatkan dengan sensor bersaiz 1/1.4 inci bersama saiz piksel 2.4 dan f/1.69 aperture.

Ia adalah padanan paling inovatif jika dibandingkan dengan pesaing yang masih menggunakan sensor kamera IMX766.

Pengenalan peranti Realme ini juga akan menjadi peranti pintar pertama dengan empat kali Lossless Zoom sekali gus menambahbaik kualiti imej yang terhasil.

Realme 11 Pro+ 5G menjadi peranti pintar pertama yang menggunakan teknologi empat kali lossless dan ia sememangnya direka khusus untuk pencinta fotografi mudahalih.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mei 2023 @ 10:58 PM