MESKIPUN Apple melalui iPhone 7 Plus bukan pengeluar pertama yang melakukannya tetapi ia terus mencetuskan inspirasi kepada pengeluar lain
MESKIPUN Apple melalui iPhone 7 Plus bukan pengeluar pertama yang melakukannya tetapi ia terus mencetuskan inspirasi kepada pengeluar lain
GAMBAR bokeh dengan latar belakang dikaburkan.
GAMBAR bokeh dengan latar belakang dikaburkan.
GAMBAR selepas zum tidak pecah dengan dwi kamera.
GAMBAR selepas zum tidak pecah dengan dwi kamera.
TAK perlu bawa kamera yang berat ketika berjalan.
TAK perlu bawa kamera yang berat ketika berjalan.
OPPO bantu zum hingga 5x.
OPPO bantu zum hingga 5x.
CIRI dwikamera pada iPhone.
CIRI dwikamera pada iPhone.
SENSOR lebih peka pada subjek.
SENSOR lebih peka pada subjek.
DWIkamera pada telefon penting.
DWIkamera pada telefon penting.
Afiq Hanif

Jika mata kita didatangkan sepasang, mengapa tidak lensa kamera pada telefon pintar? Ia soalan yang sering diutarakan kembali pengeluar telefon pintar seperti Apple atau Huawei apabila berada di sesi soal jawab bersama media.

Sejak pemasangan dwikamera pada telefon pintar, ia menjadi trend dalam kalangan pengguna yang menjadikan fotografi sebagai elemen penggunaan.

Pengeluar telefon yang popular sudah pun membawakan dwikamera sebagai ‘point’ utama mereka. Sekali lagi, meskipun Apple melalui iPhone 7 Plus bukan pengeluar pertama yang melakukannya tetapi ia terus mencetuskan inspirasi kepada pengeluar lain.

Manfaat dwikamera mungkin tak nampak jelas dalam penerangan media massa sebelum ini namun jika dilihat kuasanya memang mampu mengubah fotografi ke satu tahap lebih tinggi berbanding kamera pada model telefon pintar 2016 ke bawah.

Lajukan fokus

Salah satunya membabitkan fokus yang jelas menjadi keutamaan bagi pengeluar dari China, Huawei dan satu lagi naungannya, Honor. Kedua-duanya mahu mendekati dwilensa untuk mengemaskan fokus kamera.

Sejak kerjasama dengan Leica, memang sangat ketara Huawei P10 dan Honor 8 menggunakan sistem dwikamera apabila satu lensa merakam imej hitam putih manakala satu lagi merakam fotografi berwarna.

Dua kamera mampu membantu dalam melajukan fokus pada subjek dan kedua-duanya iaitu P10 serta Honor 8 datang dengan fokus automatik berpaksikan laser yang membolehkan rakaman lebih pantas tanpa mengaburkan subjek.

P10 paling baru dengan jarak fokal yang agak baik dengan bukaan apertur lebih besar dan menambah cahaya masuk.

Penambahbaikan fokus penting dalam fotografi kerana subjek perlu ‘sharp’ jadi foto yang dirakam nampak begitu jelas dan cantik.

Apabila merakam foto, kedua-dua kamera akan merakam pada waktu sama dalam hitam putih dan warna yang kemudian akan digabungkan menggunakan perisian khas.

Dalam persekitaran gelap, merakam dua imej dan menggabungkannya akan menghasilkan fotografi lebih cerah.

Bokeh

Bokeh biasanya dikaitkan dengan jurugambar profesional yang mengaburkan latar belakang serta mengfokuskan mata hanya pada subjek utama.

Melalui kamera tradisional, anda boleh membuatnya dengan pelbagai cara seperti menggunakan apertur lebar, lensa jenis zum, menukar kepada sensor lebih besar atau rapat dengan subjek seakan makro fotografi.

Namun, disebabkan kebanyakan kamera pada telefon pintar sudah mempunyai apertur yang tetap, sensor imej kecil dan lensa jarak fokal yang ditetapkan, mustahil untuk menjadikan imej bokeh sebagai ciri fotografi potret.

Cara lama yang diamalkan jurugambar mudah alih biasanya bergantung kepada perisian dan pasca proses suntingan bagi mengaburkan latar belakang.

Memberi contoh P10, anda boleh merakam dengan mod bokeh yang siap dibuka memungkinkan anda menukar fokus selepas imej dirakam.

Melalui mod ini, anda boleh memilih untuk fokus pada subjek dan mengaburkan latar belakang atau sebaliknya.

Versatiliti dalam ciri ini membolehkan anda menghasilkan penceritaan dalam gambar yang lebih banyak sama seperti jika menukar lensa kamera DSLR.

Zum dan Perspektif

Jurugambar biasa akan membawa beberapa lensa bersama. Biasanya jika ada DSLR, anda akan bawa bersama lensa prime, satu sudut lebar bagi landskap (biasanya 24mm) manakala satu lagi 35mm bagi fotografi jalanan.

Banyak manfaat dalam fotografi apabila anda membawa pelbagai lensa masing-masing mempunyai jarak fokal berlainan, berbanding dengan lensa zum.

Lensa prime lebih kompak dan lebih terperinci dengan jumlah ‘distortion’ yang agak minimum kerana ia direka untuk jarak fokal tertentu saja.

Apabila menggunakan zum fokal, anda boleh melihat pelbagai perspektif dengan menukar lensa atau gunakan saja zum untuk subjek.

Dalam penggunaan telefon pintar pula, dwikamera membolehkan kebanyakan ciri di atas muat pada satu peranti saja dibantu perisian dalaman.

Apple dan LG misalnya mempunyai kamera dengan jarak fokal berbeza kemudian zum pada imej tanpa pecah.

Penulis tertarik dengan sistem dwikamera baru Oppo yang mementingkan keupayaan zum sehingga lima kali tanpa pecah.

5x membabitkan teknologi zum pada kamera telefon pintar yang menghasilkan imej tidak ‘pecah’ meskipun jaraknya jauh, sesuatu yang belum begitu diteroka kebanyakan pengeluar telefon pintar di dunia.

Zum 5x pada telefon Oppo baru beroperasi hampir sama dengan kamera pada iPhone 7 Plus apabila ia mempunyai sensor kamera biasa dan lensa yang ditempatkan sebelah menyebelah pada ruang atas belakang telefon.

Ia mempunyai lensa telefoto 5 dan sensor.

Oppo mengubah penyelesaian kepada satu kaedah iaitu teknik struktur periskop yang mengurangkan masalah fokus dan zum pada telefon pintar nipis sekali gus memberikan pengalaman rakaman foto menarik kepada pengguna.

Secara mudahnya, gaya periskop pada dwikamera yang sudah ada dalam telefon pintar menjadikan rakaman foto lebih jelas dan stabil walaupun anda sudah zum sehingga lima kali.

Kalau tidak percaya, cuba anda zum sehingga habis kamera pada telefon pintar dan lihat sendiri hasilnya.

Itu pun zum terbabit sebenarnya bukan lima kali seperti yang disediakan Oppo.

Pemantulan 90 peratus prisma terbabit membolehkannya melepasi lima siri elemen dalam lensa yang disusun dalam kamera telefon Oppo nanti.

Melalui pemerhatian IT@Metro, ia berjaya menghasilkan kualiti rakaman terbaik dan tidak seperti iPhone 7 Plus, kedua kamera Oppo mempunyai penstabil imej optikal yang memastikannya rakaman terbabit benar-benar stabil.

Sistem penstabil imej terbabit memperbaharui 40 peratus OIS pada telefon sekarang dan ketepatan kepada 0.0025 darjah.

Kedua-dua prisma dan lensa zum 5x menggunakan motor penstabil yang lebih komplikated berbanding kebanyakan pesaing di luar.

Menggunakan telefon pada 5x zum pada Oppo memang nampak hebat apabila pergerakan imej yang cuba dirakam lebih stabil dan lancar.

IT@Metro mencuba butang zum pada aplikasi kamera dan telefon prototaip Oppo terbabit mempunyai pilihan zum 1x, 2x dan 5x.

Pada zum 5x, Oppo menampakkan kualiti yang jauh lebih hebat berbanding iPhone 7 Plus pada perincian, tahap piksel, warna dan jarak dinamik (dynamic range) yang mengagumkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mac 2017 @ 10:48 AM