Muhammad Saufi Hassan


TIDAK dapat dinafikan kewujudan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) banyak memberi manfaat kepada manusia khususnya untuk segmen industri.

Teknologi berkenaan mampu untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan pertindihan bidang tugas sekali gus menjadikan sesuatu rantaian perkhidmatan lebih cekap.

Bagaimanapun, setiap teknologi berkenaan mempunyai sisi negatif khususnya apabila memperkatakan berkenaan AI.

Perkembangan teknologi baharu khususnya pada tahun ini akan melihat kepada beberapa trend khususnya kemajuan berkaitan AI dan keupayaan pembelajaran mesin ('machine learning').

Kemajuan teknologi pada hari ini banyak dipengaruhi opersekitaran baharu dan ini juga disebut sebagai Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang banyak terkait dengan automasi.

Jika diukur dalam skala harian sebagai pengguna, mungkin ramai sudah melihat di restoran penggunaan robot penghantar makanan kepada meja pengunjung.

Itu antara skala kecil yang dilihat namun evolusi teknologi itu berlaku hampir setiap hari dengan kepelbagaian penemuan baharu yang memberi kemudahan kepada pengguna.

Penggunaan robot penghantar pesanan itu juga sudah 'menamatkan' fungsi tugasan manusia selama ini dan mungkin pengurangan jumlah pekerja diambil alih oleh robot pada masa depan.

TERDAPAT beberapa segmen pekerjaan asas khususnya membabitkan khidmat pelanggan sudah digantikan dengan AI.
TERDAPAT beberapa segmen pekerjaan asas khususnya membabitkan khidmat pelanggan sudah digantikan dengan AI.

Pada ketika ini, teknologi AI dan 'machine learning' ini masih disifatkan sebagai 'belum matang' namun ia mungkin mencapai status kemuncaknya kira-kira beberapa tahun lagi.

Realiti Maya (VR) dan Realiti Tambahan (AR) VR dan AR ini sudah muncul kira-kira sedekad lalu dan mungkin tiada siapa yang menyangka ia bakal merubah landskap pembelajaran pada masa depan.

Contohnya, teknologi berkenaan digunakan untuk latihan simulasi kapal maya oleh Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).

Untuk rekod, pada 2019, sebanyak 14 juta unit AR serta VR dijual sekali gus menjadi trend terkini.

Dua teknologi ini juga dijangka akan berintegrasi dengan kehidupan harian tidak lama lagi malah mungkin latihan sesetengah industri juga akan menggunakan kaedah berkenaan.

Kecerdasan buatan (AI) dan Machine Learning (ML)

Sejak sedekad yang lalu, orang ramai sudah memperkatakan dengan AI dan sejak daripada itu, pelbagai evolusi sudah berlaku untuk teknologi ini.

KEWUJUDAN teknologi Kecerdasan Buatan (AI) beri manfaat kepada manusia namun mengancam segmen pekerjaan.
KEWUJUDAN teknologi Kecerdasan Buatan (AI) beri manfaat kepada manusia namun mengancam segmen pekerjaan.

Berdasarkan trend semasa, ia tidak menunjukkan pengurangan minat orang awam malah industri turut sama-sama membangunkan AI mereka sendiri sesuai dengan keperluan semasa.

Pada hari ini, teknologi AI yang paling popular adalah pengenalan imej dan suara, program navigasi, pembantu suara (Seperti Siri dan Alexa) serta pelbagai lagi aplikasi atau alat bantu pengguna menerusi AI ini.

Kemajuan AI ini juga akan terus dibangunkan serta ia mampu untuk menganalisis pelanggan, kelakuan pengguna dan berinteraksi mengikut kesesuaian.

Untuk ML pula, ia adalah sebahagian daripada AI namun terarah kepada analisis sesuatu senario dan memberi solusi kepadanya menerusi kefungsian baharu.

Proses Automasi Robot (RPA) Ini juga adalah salah satu kemajuan teknologi yang semakin berkembang pesat khususnya untuk kegunaan industri dalam skala yang besar.

RPA menggunakan pelbagai perisian dan aplikasi untuk menjadikan urusan harian dalam sesebuah industri secara automasi dengan pengumpulan data serta analisis.

Perkhidmatan pelanggan yang melalui tugasan berulang menggunakan khidmat RPA ini sekali gus menjadikan ia lebih sistematik.

Berdasarkan satu laporan pakar industri, RPA ini bertanggungjawab untuk menggantikan lima peratus pekerjaan pada hari ini yang menggunakan khidmat manusia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 September 2023 @ 7:00 AM