BEBERAPA tugasan asas sudah digantikan dengan teknologi ini dan mungkin akan terus dipergiatkan pada masa depan
BEBERAPA tugasan asas sudah digantikan dengan teknologi ini dan mungkin akan terus dipergiatkan pada masa depan
Muhammad Saufi Hassan


KEWUJUDAN teknologi baharu sememangnya memberi kemudahan kepada manusia malah untuk beberapa tugasan bersifat asas, ia mampu untuk menggantikan manusia sebagai tenaga kerja.

Pada minggu lalu, #ITMetro menyentuh tentang beberapa teknologi yang paling dinantikan tahun ini antaranya Kecerdasan Buatan (AI), 'Machine Learning' (ML) dan Proses Automasi Robot (RPA).

Ketiga-tiga teknologi ini sememangnya akan menggugat tugasan asas yang selama ini dilaksanakan oleh manusia.

Awal minggu lalu, syarikat gergasi teknologi, Google mengumumkan akan mengurangkan 12,000 tenaga kerjanya atau mengurangkan kira-kira enam peratus daripada kakitangannya.

Langkah rasionalisasi ini juga antara lain didorong oleh kematangan fungsi teknologi semasa iaitu AI yang memberikan impak langsung kepada tugasan manusia.

Tindakan itu dipercayai didorong oleh pemberhentian sektor teknologi serta peralihan kepada teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang berterusan.

Menerusi satu portal teknologi terkemuka melaporkan langkah sama turut diambil oleh Microsoft yang mahu mengurangkan 10,000 pekerja awam manakala Amazon akan melaksanakan pemberhentiaan sekitar 18,000 orang.

Cybernews melaporkan bahawa langkah Google itu diumumkan sendiri oleh ketua pegawai eksekutifnya, Sundar Pichai menerusi emel kepada pekerjanya.

BEBERAPA tugasan asas sudah digantikan dengan teknologi ini dan mungkin akan terus dipergiatkan pada masa depan
BEBERAPA tugasan asas sudah digantikan dengan teknologi ini dan mungkin akan terus dipergiatkan pada masa depan

Memetik laporan berkenaan, Pichai berkata, syarikat itu mengalami 'tempoh pertumbuhan dramatik' sejak dua tahun lalu tetapi menghadapi realiti ekonomi yang berbeza hari ini.

"Kekangan dalam beberapa kawasan membolehkan kami bertaruh besar pada orang lain," katanya.

Awal minggu ini, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella juga berkata, AI akan menyokong gelombang pengkomputeran seterusnya dan syarikat itu perlu bersedia untuk kekal penting dalam industri.

Sebagai tanda peralihan keutamaan dalam industri teknologi, Microsoft berkata, ia sedang mempertimbangkan untuk

melabur kira-kira RM40 bilion (USD 10 bilion) ke dalam OpenAI, pemilik ChatGPT.

Ini adalah contoh impak awal terhadap keupayaan teknologi dan ia sudahpun menggantikan fungsi manusia untuk tugasan asas apabila semuanya mampu untuk diprogramkan mengikut keadaan serta kesesuaian.

SYARIKAT gergasi teknologi seperti Google turut mengambil langkah pengurangan pekerja hasil dorongan kewujudan teknolog baharu ini
SYARIKAT gergasi teknologi seperti Google turut mengambil langkah pengurangan pekerja hasil dorongan kewujudan teknolog baharu ini

Malah, kewujudan ML atau 'Machine Learning' ini akan memperkukuhkan fungsi AI apabila teknologi ini akan melaksanakan pembacaan trend semasa dan melakukan respons mengikut pilihan yang paling relevan.

Kemajuan AI ini juga akan terus dibangunkan serta ia mampu untuk menganalisis pelanggan, kelakuan pengguna dan berinteraksi mengikut kesesuaian.

Untuk ML pula, ia adalah sebahagian daripada AI namun terarah kepada analisis sesuatu senario dan memberi solusi kepadanya menerusi kefungsian baharu.

Mengambil contoh fungsi pertanyaan umum membabitkan perkhidmatan pelanggan, semua syarikat pada hari ini sudah menggunakan 'ChatBot' dan untuk kes-kes tertentu saja akan diserahkan kepada operator manusia.

Ledakan teknologi ini memberi kesan langsung kepada tugasan manusia namun untuk sisi positif, ia memberikan tugasan lebih sistematik pada masa depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2023 @ 9:25 AM