Assassins Creed: Mirage iaitu sekuel terbaharu daripada judul berkenaan yang baru saja dilancarkan bulan lalu.
Assassins Creed: Mirage iaitu sekuel terbaharu daripada judul berkenaan yang baru saja dilancarkan bulan lalu.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 

Permainan berkonsepkan dunia terbuka sememangnya sangat asyik untuk dimainkan namun tidak semua desktop mampu untuk melancarkan permainan itu pada tetapan kesan grafik ultra tinggi.

  Judul permainan yang dimaksudkan adalah Assassins Creed: Mirage iaitu sekuel terbaharu daripada judul berkenaan yang baru saja dilancarkan bulan lalu.

  Bagi memberikan pengalaman permainan paling maksimum, penulis menggunakan skrin sudut ultra lebar supaya setiap sudut bandar Baghdad iaitu latar masa permainan itu dapat dinikmati sepenuhnya.

  Untuk itu, penulis menggunakan desktop dengan skrin paparan MSI MEG 342C QD OLED bersama-sama dengan bekalan punca kuasa MAG A850GL PCIE5 White, kad grafik GeForce RTX 4070Ti Gaming X Slim White 12G.

  Hasilnya sangat mengagumkan apabila penulis boleh bermain permainan itu pada tetapan grafik ultra tinggi dengan kadar bingkai sesaat (FPS) sekitar 130 hingga 170FPS tanpa penurunan mendadak.

  Latar tempat untuk permainan itu yang bertemakan kepada bandar Baghdad, Iraq pada zaman kegemilangannya juga dapat dinikmati dengan pengalaman paling maksimum.

  Pemain juga dapat menikmati seni ukir Islamik yang ditampilkan oleh penerbit permainan itu, Ubisoft dengan perincian seni bina yang sangat menakjubkan.

  Menikmati permainan dengan skrin paparan sudut ultra lebar berkenaan sememangnya memberikan pengalaman 'immersive gaming' secara keseluruhan dengan sudut pandang yang lebih besar.

  Menyentuh soal permainan itu pula, garis masa pula adalah ketika era kegemilangan empayar Islam dan karektor yang digunakan dikenali 'Basim Ibn Ishaq'.

  Bermula daripada judul pertama sehingga terbaharu, pembangun permainan ini tidak pernah menukar objektif utama iaitu pembebasan daripada satu kumpulan rahsia.

  Judul ini paling ikonik dalam perkembangan dunia permainan kerana ia bukan saja menampilkan mekanik permainan yang unik tetapi latar tempat, pembinaan bangunan-bangunan yang begitu terperinci di samping perjalanan plot.

  Menariknya, sekuel terbaharu ini kembali menampilkan mekanik Assassins Creed yang dahulu iaitu secara 'parkour' dengan elemen pembunuhan senyap.

  

#kw Assassins Creed Mirage, MSI

 

 

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2023 @ 3:39 PM