Apple Music di platform PS5.
Apple Music di platform PS5.
Muhammad Saufi Hassan

 

 

Bagi penggemar muzik, ia pastinya berita baik apabila Apple Music dilancarkan untuk platform konsol keluaran Sony PlayStation 5 (PS5).

  Ia adalah kali pertama saluran muzik terkemuka berkenaan dilancarkan menerusi segmen konsol permainan dan memberikan pengguna pengalaman berbeza.

  Pengguna yang melanggan saluran Apple Music menerusi akan menikmati lebih 90 juta lagu serta puluhan ribu 'playlist', video muzik untuk 4K, radio Apple Music dan pelbagai lagi tawaran lain.

  Konsol PS5 menawarkan integrasi dengan Apple Music menerusi perkhidmatan penstriman.

  Lebih menarik, pengguna konsol berkenaan boleh mendengar lagu daripada Apple Music sambil menikmati permainan kesukaan mereka.

  Pengguna PS5 boleh melancarkan aplikasi Apple Music sebelum permainan ataupun ketika permainan dengan hanya menekan butang PS menerusi alat kawalan DualSense mereka.

  Untuk permulaan, pemilik konsol PS5 boleh memuat turun aplikasi Apple Music dan melakukan aturan di skrin untuk tetapan kefungsian sebelum menikmati pengalaman sambil bermain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 November 2021 @ 11:42 PM