Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

Kuala Lumpur: Pengguna sistem operasi yang dikuasakan oleh macOS Monterey boleh menaik taraf versi sedia ada untuk memanfaatkan kefungsian terbaharu peranti keluaran Apple berkenaan.

  Menerusi kemas kini baharu, pengguna boleh memanfaatkan kefungsian SharePlay pada peranti Mac.

  Ini bermakna, pengguna boleh menikmati bermacam perkhidmatan seperti rancangan televisyen, filem, muzik, FaceTime menerusi Mac bersama kefungsian perkongsian skrin.

  Pengguna boleh menikmati SharePlay dengan mengikuti langkah mudah dan boleh menonton filem, mendengar muzik dan perkongsian skrin dengan rakan-rakan.

  Ia menjadikan kefungsian SharePlay berkenaan lebih interaktif dan tempoh pandemik ini dapat dipenuhi hasil inisiatif teknologi daripada Apple.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Disember 2021 @ 8:09 AM