PELANGGAN selesai membeli PS5 di Seoul sebaik saja ia dilancarkan. FOTO AFP
PELANGGAN selesai membeli PS5 di Seoul sebaik saja ia dilancarkan. FOTO AFP
Muhammad Saufi Hassan

 

Kuala Lumpur: Umpama 'pisang goreng' apabila semua stok pra tempahan bagi konsol keluaran Sony iaitu PlayStation 5 (PS5) habis dijual dalam tempoh kurang beberapa minit selepas pelancaran pasaran tempatan semalam.

  Konsol permainan generasi baharu berkenaan sememangnya dinantikan oleh peminat permainan video sejak tahun lalu dan tempoh pandermik ini dipercayai secara tidak langsung mengganggu rantaian bekalan stok untuk konsol berkenaan.

  Peminat untuk segmen konsol berkenaan menzahirkan rasa kecewa mereka di media sosial apabila tidak sampai beberapa jam selepas pelancaran rasmi untuk pasaran tempatan, PS5 berkenaan sudah kehabisan stok.

  Beberapa kedai jualan sah untuk konsol berkenaan juga menyatakan sudah kehabisan stok berdasarkan kepada platform laman dagang mereka dan pengguna pastinya perlu menunggu beberapa minggu lagi untuk stok baharu.

  Carian wartawan di beberapa penjual rasmi konsol berkenaan juga menyatakan perkara sama apabila semua unit yang dimiliki sudah terjual dalam tempoh beberapa minit saja.

  Kedua-dua variasi konsol termasuk PS5 versi digital sudah kehabisan stok dan sebahagian besar peminat konsol berkenaan kecewa dengan stok terhad untuk konsol generasi baharu itu.

  Wujud juga segelintir pembeli yang menjual kembali konsol berkenaan dengan harga hampir dua kali ganda berikutan stok terhad untuk unit berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 November 2020 @ 2:19 PM