PS5
PS5
Muhammad Saufi Hassan


PENGELUAR konsol permainan paling popular, Sony awal pagi tadi memperlihatkan secara rasmi konsol terbaharu keluarannya iaitu PlayStation 5 sekali gus menamatkan spekulasi berhubung rekaan peranti berkenaan.

Sony juga mengambil langkah bijak apabila memperkenalkan konsol berkenaan sedikit lambat bagi memberi laluan kepada judul permainan lain yang menyokong sepenuhnya konsol baharu itu.

Menerusi pandang pertama berkenaan, Sony akan mengeluarkan dua variasi konsol untuk PlayStation 5 iaitu satu didatangkan dengan sokongan cakera fizikal dan variasi lain adalah versi digital sepenuhnya.

Ia juga dilihat strategi pemasaran buat Sony kerana dijangka versi digital berkenaan akan mempunyai tanda harga yang lebih murah berbanding variasi penuh.

Nama rasmi bagi dua variasi ini adalah 'PlayStation 5' untuk variasi penuh manakala 'PlayStation 5 Digital Edition'.

Selain pengenalan rasmi konsol itu, Sony turut memperlihatkan aksesori penuh untuk konsol berkenaan iaitu sebuah set kepala dan juga dan juga alat kawalan permainan DualSense.

Bagaimanapun, Sony masih berteka teki berhubung tanda harga rasmi buat konsol permainan berkenaan dan mungkin akan diumumkan beberapa minggu lagi.

Spesifikasi asas PS5

Pemproses: AMD Zen-2 (Pemproses lapan teras)

Kad Grafik: RDNA 2 khusus

Memori pemuka: 16GB GDDR6 / 256 bits

Storan: 825GB SSD

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Jun 2020 @ 10:39 AM