LAMAN sesawang Epic Games.
LAMAN sesawang Epic Games.
Muhammad Saufi Hassan


PLATFORM penjualan permainan atas talian, Epic Games menawarkan dua judul permainan secara percuma sepanjang minggu ini iaitu iaitu Assassin’s Creed Syndicate (AC: Syndicate) dan permainan genre pertarungan kad, Faeria.

Pengguna hanya perlu melakukan log masuk kepada akaun Epic Games dan membuat tuntutan percuma untuk dua judul permainan berkenaan sebelum tawaran terbabit tamat.

Ia adalah langkah terbaik untuk Epic Games bagi menarik lebih ramai pemain sukan elektronik di seluruh dunia untuk menggunakan platform berkenaan sebagai pembelian judul permainan atas talian.

Bagi pengguna yang tidak mempunyai akaun bersama Epic Games, mereka boleh mendaftar secara percuma dengan mendaftar emel dan kata laluan di samping beberapa butiran lain.

Pastinya, AC:Syndicate adalah judul permainan bertaraf AAA yang menawarkan mod permainan dunia terbuka selain keupayaan kesan grafik yang sangat baik.

Beberapa minggu lalu, Epic Games turut menawarkan permainan percuma antaranya Farming Simulation 19 dan penawaran berkenaan dijangka akan diteruskan pada masa depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 4:47 PM