Muhammad Saufi Hassan


PLATFORM pembelian permainan atas talian, Epic Games sememangnya mencuri tumpuan umum selepas tindakan drastik bulan lalu apabila menawarkan permainan popular, GTA 5 secara percuma.

Selain itu, beberapa judul permainan bertaraf tiga bintang antaranya Civilization VI juga ditawarkan secara percuma sekali gus menjadi enjin penawaran permainan antara yang popular kini.

Kali ini, Sony Corporation dikatakan bersetuju untuk menyuntik pelaburan strategik bernilai RM1 bilion ke dalam platform berkenaan.

Berdasarkan laporan satu portal menyatakan bahawa pelaburan berkenaan bertujuan untuk meluaskan skop kerjasama antara Epic Games dan ekosistem digital Sony

Suntikan dana terbaharu itu akan menjadikan Epic Games salah satu platform gergasi penyedia judul permainan yang ketika ini banyak didominasi oleh Steam.

Pendekatan Epic Games yang menawarkan permainan percuma secara mingguan banyak membantu platform berkenaan meraih perhatian peminat sukan elektronik di seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 9:42 PM