Afiq Hanif

Penguji sempat menggunakan sebuah laptop warna merah jambu yang dikeluarkan Avita, sebuah syarikat baru dalam pengeluaran gajet di Malaysia.

Laptop Avita Liber terbabit dihasilkan dengan mengutamakan rekaan dan memudahkan penggunaan.

Ia boleh dikatakan ringan apabila hanya seberat 1.37kg tapi kemasan bingkainya boleh dikatakan biasa saja.

Ruang antara skrin dan monitor yang jaraknya 5mm mungkin dikatakan tanpa bezel tapi penguji berpendapat ia tidak begitu menonjol.

Avita Liber didatangkan dengan dua saiz paparan iaitu 13.3 inci dan 14 inci dengan resolusi FHD (1920 x 1080 piksel) namun penguji memperoleh saiz 13.3 inci untuk ujian.

Agak pelik apabila cuba mengaktifkan laptop ini, penguji terpaksa menekan lama butang kuasa sebelum lampu LED kecil berwarna putih menyala tanda aktif.

Pada awalnya, penguji menjangkakan laptop ini kehabisan bateri atau rosak.

Bercakap mengenai jangka hayat baterinya, Avita Liber boleh bertahan sehingga tujuh jam untuk memenuhi keperluan harian.

Avita Liber dilengkapi dengan port USB-C pelbagai fungsi yang menyokong pengecasan segera, pemindahan data dan sambungan paparan.

Dua port USB 3.0 juga disediakan untuk menghubungkan peranti dan aksesori berbeza untuk menjadikannya lebih serba guna.

Bagi kerja biasa seperti menaip atau menonton video, ia agak lancar terutama dengan spesifikasi Windows 10, pemprosesan Intel Core i5, storan 128GB SSD dan memori 8GB DDR3.

Apabila disambungkan ke WiFi, ia sedikit lambat mencari rangkaian pada awal penggunaan namun selepas dua minggu, ia kembali seperti laptopbiasa di pasaran.

AVITA LIBER

• CIRI: Laptop kerja

• PRO: Ringan

• KONTRA: Operasi kurang lancar

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 April 2018 @ 11:14 AM